fbpx
Home ยป Ismail Sabri doakan Agong segera sembuh
Berita Dalam Negara

Ismail Sabri doakan Agong segera sembuh

ISMAIL SABRI “Didoakan jua semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan untuk terus menaungi Negara. Dirgahayu Tuanku.” – Facebook Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dikurniakan kesembuhan segera.

“Didoakan jua semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan untuk terus menaungi Negara. Dirgahayu Tuanku,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki.

Bagaimanapun kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan. — BERNAMA

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!