fbpx
Home » ISU PATI SABAH- HUJAH ITU MESTI IKUT FAKTA BUKAN EMOSI
Berita Tempatan

ISU PATI SABAH- HUJAH ITU MESTI IKUT FAKTA BUKAN EMOSI

DOKUMEN RCI PATI SABAH adalah dokumen yang dipertanggungjawab oleh fact finder kepada Agong, dan dokumen tersebut adalah gambaran berkaitan punca PATI di Sabah.

Apabila Presiden PBS menyebut bahawa isu PATI kerana impak kurang berkesannya tindakan BN pada masa lalu (PBS juga sebahagian daripada BN tahun 1986-1990 dan 2002-2018) secara langsung juga parti itu mengakui kelemahannya  sendiri.

Mengakui kesilapan dan berterus terang pada rakyat, diperlukan pada era sekarang, kerana dalam era tekonologi digital ini, era sorok-sorok sudah berlalu.

Mungkin Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Salleh Said, bertujuan membangkitkan semangat perserta konvensyen BN, maka dakwaan berunsur negatif berkaitan BN, perlu dipatahkan.

Ada lah mustahil dua pemimpin tersebut tidak membaca atau maklum berkaitan Keputusan RCI tahun 2014, dan adalah mustahil juga dua pemimpin itu tidak maklum berkaitan kenyataan  Datuk Seri Najib Razak semasa masih Perdana Menteri berkaitan PATI di Sabah.

Isu PATI Sabah adalah isu rumit, kerana telah menyebabkan perubahan demografi negeri.

Tiada siapa yang terlepas daripada masalah ini. 

Menuding jari pada masa ini, adalah tindakan sia-sia, kerana mereka yang terkategori PATI yang sudah berstatus warganegara malah “bumiputera” bergembira dengan status mereka, akan tetapi para pemimpin Sabah masih saling bercakaran berterusan, tidak pasti sampai bila.

Menidakkan pengelibatan berkaitan PATI Sabah, bukan jawapan, kerana tidak mungkin, mereka yang berstatus PATI MEMPUNYAI KUASA GHAIB boleh semena-mena mendapat dokumen kelahiran untuk membolehkan memohon kad pengenalan biru.

Penulis mengikuti perkembangan PATI Sabah ini sejak awal tahun 80-an, dan berkongsi pendapat mengenainya sejak adanya media online seawal tahun 2008.

Bagi penulis, Maximus bercakap berkaitan fakta, seperti hakim di mahkamah bercakap berkaitan fakta, sementara Bung dan Salleh bertindak berkaitan pembangkitan emosi bertujuan politik, supaya rakyat yang anti PATI menyokong parti yang mereka wakili. Itu sahaja perbezaan punca kemelut PATI Sabah dengan tiga pemimpin tersebut yang mengisi ruang media baik yang bercetak atau atas talian.

musramrakunman

About the author

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!