fbpx
Home » Jackie, Grace raih emas
Berita Dalam Negara Sukan

Jackie, Grace raih emas

Atlet tukul besi wanita negara, Grace Wong mengibarkan Jalur Gemilang meraikan kemenangannya yang meraih pingat emas dalam acara akhir lontar tukul besi wanita pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. – NSTP/Hairul Anuar Rahim

HANOI: Dua pingat emas diraih kem olahraga negara pada Sukan SEA Hanoi di Stadium My Dinh hari ini menerusi acara tukul besi lelaki, Jackie Wong dan wanita, Grace Wong.

Grace memulakan saingan dengan melakukan 57.13 meter (m) untuk memenangi emas sebelum momentum kecemerlangannya disusuli Jackie yang disambut dengan sorakan penuh bertenaga dari kem olahraga.

Acara lelaki turut menyaksikan Malaysia meraih gangsa menerusi Sadat Maryuqi Ajisan manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan meraih perak.

BH

Semua Topik

error: Content is protected !!