fbpx
Home » JAKIM kemas kini Takwim 2022 Miladiah/1443-1444h
Berita Dalam Negara

JAKIM kemas kini Takwim 2022 Miladiah/1443-1444h

Cerapan anak bulan ketika majlis cerapan rasmi hilal Syawal 1443 Hijrah di Menara Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu. – Foto fail BERNAM

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H Bagi Malaysia yang boleh didapati di laman web https://www.e-solat.gov.my/.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM, Zakaria Othman dalam kenyataan hari ini, berkata takwim itu dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.

Beliau berkata perubahan itu hanya membabitkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H.

“Semoga takwim itu dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini,” katanya. – BERNAMA

BH

Semua Topik

error: Content is protected !!