fbpx
Home » Jangkitan Covid-19 meningkat 3,410 kes
Berita Dalam Negara Covid-19

Jangkitan Covid-19 meningkat 3,410 kes

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan peningkatan dengan 3,410 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,470,471 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 1,430 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,408,043 kes.

Sementara itu, sebanyak 26,826 kes aktif direkodkan di Malaysia setakat ini.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 25,414 sedang menjalani kuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,328 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, empat kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,602 kes. Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,539 kes.

KOSMO! ONLINE

Semua Topik

error: Content is protected !!