fbpx
Home » Johnny Depp bakal duduk di kerusi saksi lagi minggu hadapan
Berita Luar Negara Hiburan Isu & Kontroversi

Johnny Depp bakal duduk di kerusi saksi lagi minggu hadapan

Pelakon Johnny Depp memberi keterangan di bilik mahkamah di Mahkamah Litar Daerah Fairfax di Fairfax, Virginia pada 25 April lalu. – AFP

WASHINGTON – Pasukan undang-undang pelakon Amerika Syarikat (AS), Amber Heard bercadang untuk memanggil semula bekas suaminya, aktor Johnny Depp untuk memberi keterangan dalam kesnya yang akan bersambung minggu hadapan.

Menurut laporan laman Law&Crime, peguam Heard juga bercadang untuk memanggil pelakon Ellen Barkin, yang pernah menjalinkan hubungan cinta beberapa tahun lalu dengan Depp dan adik perempuan Heard, Whitney Henriquez sebagai saksi tambahan.

Wakil Law&Crime, Angenette Levy memuat naik ciapan mengenai senarai saksi pada pagi Rabu yang membawa kepada ‘ribut’ di media sosial.

Tindakan memanggil Depp sebagai saksi menyebabkan ramai pemerhati mempersoalkan bagaimana dan mengapa perkara itu boleh berlaku memandangkan Depp telah pun memberi keterangan semasa kesnya dan telah disoal balas oleh peguam Heard, Ben Rottenborn.

Tindakan itu bagaimanapun sebenarnya adalah biasa dalam kes perbicaraan seperti ini kerana peguam Heard mungkin berharap untuk memperkenalkan bukti melalui keterangan baharu Depp.

Heard mendakwa Depp menderanya secara fizikal, seksual dan emosi sepanjang perkahwinan mereka dan ia dibalas dengan tuduhan sama oleh bintang Pirates Of The Carribean itu.

Aktres itu turut merancang untuk menghubungi kakaknya, Whitney Henriquez bagi memberi keterangan mengenai dakwaannya bahawa Depp menderanya.

Henriquez tinggal di salah satu penthouse milik Depp di Bangunan Eastern Columbia semasa Heard berkahwin dengan Depp.

Depp memiliki beberapa lot penthouse yang berjiran antara satu sama lain di di Los Angeles, dan pasangan itu pernah tinggal di sana semasa perkahwinan mereka. – Agensi

K!Online

About the author

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Semua Topik

error: Content is protected !!