fbpx
Home ยป Kapal karam: 27 kru hilang, kapal terputus dua dibadai ribut
Berita Luar Negara Kemalangan

Kapal karam: 27 kru hilang, kapal terputus dua dibadai ribut

Pasukan penyelamat Hong Kong mendekati sebuah kapal yang sedang karam di Laut China Selatan. – Foto AP

HONG KONG: Seramai 27 kru hilang dan dikhuatiri lemas selepas kapal dinaiki mereka terputus dua akibat dibadai ribut tropika Chaba yang melalui Hong Kong dan selatan China, pada Ahad.

Pihak berkuasa berkata, peluang untuk menemui 27 kru kapal itu dalam keadaan selamat adalah sangat tipis namun operasi pencarian mangsa masih diteruskan.

Tiga daripada 30 kru kapal itu berjaya diselamatkan ketika angin kencang dan hujan membadai pantai dan perairan kira-kira 300 kilometer barat daya bandar itu.

Tapak kejadian itu dikelilingi oleh kira-kira 100 turbin angin yang ditambah dengan tiupan mencecah sehingga 140 kilometer sejam, telah menghalang usaha menyelamat.

Hong Kong menghantar sembilan pesawat untuk bersama-sama menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan pasukan dari tanah besar.

Beberapa anak kapal berkemungkinan telah meninggalkan kapal itu kerana ia terputus dua.

Ribut tropika Chaba menyusuri Hong Kong dengan membawa hujan lebat dan angin kencang pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ia menyebabkan pengangkutan awam terpaksa dihentikan sementara dan banyak perniagaan ditutup.

Pihak berkuasa di Hong Kong menaikkan amaran taufan pada Khamis sebaik Presiden China Xi Jinping tiba di bandar itu untuk memperingati ulang tahun ke-25 penyerahannya dari Britain kepada China.

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!