fbpx
Home ยป Kenaikan harga: Golongan B40, M40 akui tertekan Nur Fazlizai Ali
Berita Dalam Negara

Kenaikan harga: Golongan B40, M40 akui tertekan Nur Fazlizai Ali

Tinjauan di Pasar Besar Dungun mendapati, pengguna terpaksa mengeluarkan belanja berganda demi menampung keperluan semasa. – Astro AWANI

DUNGUN: Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan B40 dan M40.

Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Tinjauan di Pasar Besar Dungun mendapati, pengguna terpaksa mengeluarkan belanja berganda demi menampung keperluan semasa.

Menurut suri rumah, Wan Maznah Wan Abdullah wang RM50 yang dibawanya ke pasar ketika ini tidak mencukupi untuk membeli barangan keperluan.

“Dulu kalau RM50 banyak barang boleh dapat. Sekarang kalau RM50 boleh dapat dalam dua barang sahaja. Macam kalau beli ikan, kalau beli ayam, begitulah.

“Sedih sekarang ini, sekarang ini harga barang semuanya naik,” katanya.

Bagi penjawat awam, Azman Mohd Nor, harga minyak masak ketika ini sangat tidak munasabah.

“Harga minyak masak memang betul-betul tidak munasabah. Saya rasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna memang kena pantau harga ini.

“Sebagai pengguna minyak masak ini, memang amat terasalah dengan kenaikan harga minyak yang begitu melambung,” katanya.

Bagi peniaga keadaan itu amat membimbangkan selain terpaksa bersoal jawab tentang kenaikan harga semasa dengan pengguna.

“Kalau kita beli barang hari ini dan dua tiga hari akan datang kita beli lagi, harga itu sudah berubah.

“Memang terkesanlah dengan kita peniaga pastu kalau kita meniaga dekat orang hari ini harga lain, lepas itu kalau harga barang naik esok lusa, kita akan naik harga, orang akan tanya kenapa naik, orang tanya kita,” kata pengusaha kantin, Suriana Ismail.

Justeru, kerajaan diminta mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu kenaikan harga barangan asas yang membebankan rakyat.

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!