fbpx
Home » Kenapa Kecam PAS?
Politik sudut pandangan

Kenapa Kecam PAS?

Pemimpin Umno jadi PM, sebab PAS sokong
Kenapa kecam PAS, kenapa Umno sombong
Kalau PAS tarik balik sokongan
Maka ayam terlepas, najis tinggal ditangan

Tanpa sokongan PAS, Keluarga Malaysia tidak wujud
Saya hanya nak ingatkan, jangan buat-buat terkejut
Umno banyak kerusi, sokongan tak cukup
Kalau PAS tidak bersama, kerajaan akan terlingkup

Lain kali nak bercakap fikir dulu
Jangan macam budak-budak, semua terburu-buru
Bercakap elok-elok, ada segan silu
Kenang budi orang lain, BN kalah PRU

Dulu jadi pembangkang, sekarang jadi kerajaan
Sebab ada sokongan dari kawan-kawan
Masa suka puji sampai ke awan
Bila rasa dah kuat, semua diajak berlawan

Kita mati esok, inilah orang-orang yang usung jenazah kita
Kalau nak marah, usah kata mengata
Bawa berunding, duduk semeja
Dulu boleh kenapa sekarang semua tak kena saja

Kuasa yang ada hanya sementara
Ia bukan kekal selama-lama
Jika dulu api kini hanya bara
Silap langkah memang masuk penjara

Kenapa kata kat PAS, siang cakap lain malam cakap lain
Padahal kita sendiri jadi kerajaan yang tak cukup kain
Kita yang tidak jujur bila berjanji
Tapi kita anggap kita betul, kita sahaja yang suci

Suka cakap bohong tipu sana sini
Akhirnya malang pada diri sendiri
Nasib baik tangan tidak bergari
Tapi, di mahkamah jangan sembang kari

PRU14 sudah terjun masuk longkang
Ada yang jatuh sampai terkangkang
Sepatutnya sudah boleh belajar
Jangan buat silap, jangan kurang ajar
Masa susah, sibuk minta tolong
Waktu itu, nasib baik tak terjun masuk lombong
Susah hati, cakap banyak gelong
Kini, dah mula nak milelong

Nasib baiklah masih boleh berpaut lagi
Pegang jawatan sampai mati
Tak fikir apa nak jadi kepada parti
Asalkan boleh puaskan hati

Ayah pesan jangan suka cakap bohong
Lama-lama jadi pencuri
Bila sudah busuk kohong
Tak ada orang nak percaya lagi

Umno dan PAS bermusuh empat dekad
Lepas PRU 14 mereka berpakat
Malangnya hubungan tersekat-sekat
Disebabkan terlalu banyak buat syarat

PAS mahukan penyatuan ummah
Umno mahukan karpet simpan sampah
Walaupun sudah berada dalam satu rumah
Malangnya, Umno sentiasa menyumpah

Umno masih bayangkan dia dominan
Jadi, idea PAS mereka tak berkenan
PAS mahu bangsa agama jadi bermaruah
Umno tak mahu, di amula marah-marah

Ingatlah budi orang pada kita
Tanpa PAS, mustahil PM Umno naik takhta
Ini jarang orang nak kata
Sebab mereka jadi pekak, mata jadi buta

Ada yang desak segerakan pilihan raya
Padahal, kawan-kawan tidak dirundinginya
Masa nak kuasa, mahu pula mereka berjumpa
Bila rasa dah kuat, anggap semua tidak berguna

Masa berkuasa semua lupa daratan
Beli undi untuk dapatkan sokongan
Ambil rasuah untuk menimbun harta dan kesenangan
Bila hilang kuasa, mulalah tuduh orang lain punya pengkhianatan

Inilah kesan politik wang
Perangai buruk mereka tak buang
Yang kecil-kecil terperangkap dalam sawang
Orang-orang besar penuh duit tak cukup ruang

Bila dituduh mulalah sumpah laknat
Padahal masing-masing angkat sumpah jawatan
Sumpah laknat hanya nak mengelat
Sumpah jawatan akhirnya makan tuan

Ingat balik apa ada dalam sumpah jawatan
Kalau langgar maknanya langgar sumpah
Angkat sumpah sebut nama Tuhan
Pun mereka berani ambil rasuah

Berjuta-juta sampai billion mereka sapu
Kalau BN tak kalah, siapa pun tidak tahu
Mereka sorok semuanya dalam saku
Kuasa Allah akhirnya rakyat sudah tahu

*Daud Ibrahim adalah penulis bebas

**Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Semua Topik

error: Content is protected !!