fbpx
Home » Kenapa Najib Menyibuk ?
Politik sudut pandangan

Kenapa Najib Menyibuk ?

Yang sudah menolak Najib, termasuk mereka yang tidak mengundi BN dalam PRU-14, sebahagiannya sudah mahu kembali menyokong BN, kerana bagi mereka, menyokong BN macam menyokong “tong duit”. (Gambar Hiasan)

SIANG malam, Najib dan kuncu-kuncunya menyerang Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (TSMY), Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Najib mahu, kalau boleh Muhyiddin masuk jadi ahli kluster mahkamah yang dia mendahului sebagai bossku.

Bagi Najib, mungkin Muhyiddinlah menjadi penyebab, dia kini turun naik mahkamah . Jadi, kalau boleh, jauh dalam hatinya, ingin sangat melihat Muhyiddin juga turun naik mahkamah, macam dia turun naik.

Bukan dia sahaja turun naik mahkamah, isterinya juga terpaksa naik turun mahkamah dan sesekali menangis di depan hakim.

Dalam masa yang sama, Umno dan BN masih bergantung kepada pengaruh Najib. Najib banyak duit dan Najib pandai putar belit fakta.

Kalau Najib bercakap, setengah daripada audience akan percaya terus dan setengah lagi, balik ke rumah untuk memikirkannya. Boleh percaya atau tidak.

Yang sudah menolak Najib, termasuk mereka yang tidak mengundi BN dalam PRU-14, sebahagiannya sudah mahu kembali menyokong BN, kerana bagi mereka, menyokong BN macam menyokong “tong duit”.

Kalau susah, mengadulah kepada Najib.

Yang nak pergi haji, pun masih boleh minta tolong dari Najib. Najib hantar ramai orang Islam pergi Haji, sewaktu dia jadi Perdana Menteri.

Seingat saya, tidak ada Perdana Menteri yang ‘baik macam Najib’ setiap tahun hantar orang pergi haji.

Isu Najib merompak, atau mencuri, atau terlibat dengan AMLA atau rasuah, serahkan kepada mahkamah yang sedang membicarakannya.

Kita sebagai rakyat, lebih-lebih lagi sebagai ahli Umno, jangan sesekali mendahului hakim dalam membuat keputusan.

Hakim di dua mahkamah, iaitu mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan, sudah menjatuhkan hukuman sabit kesalahan.

Ada lagi dakwaan yang masih menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka yang terkait dengan Najib, termasuk peguam dapat banyak kerja apabila Najib masuk mahkamah.

Bayarannya, tentulah lumayan kerana yang Najib pilih, bukan peguam “cap ayam”. Berapa pun, dia caj, kena bayar, kalau mahu menaruh harapan, menang kes.

Kalau kirakan kes dan jumlah duit yang melibatkan batang tubuh Najib, memang dia tidak ada masa untuk berkempen, berjalan-jalan dan menulis dalam FB, untuk menembak orang lain.

Tetapi, nampaknya Najib sentiasa ada waktu lapang untuk digunakannya dengan penuh minat menyerang Tan Sri Muhyiddin.

Dia sudah “membunuh politik” Muhyiddin sewaktu dia menjawat jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi “Muhyiddin masih bernyawa”.

Bila TSMY jadi PM8, dia dengan kuncu-kuncunya, termasuk ada yang mendakwa “dapat sikit habuan” (saya tak percaya ni), menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin meletakkan jawatan. Najib sindir Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang isytihar darurat untuk memanjangkan tempoh dia pegang jawatan PM.

Itu dakwaan Najib. Najib tidak puashati bila Muhyiddin jadi PM. Dia harap, dapat sesuatu dari Muhyiddin, contohnya bantu dalam menukarkan pendakwa atau hal-hal yang membolehkan dia menang kes.

Malangnya Muhyiddin tidak mahu. Najib menafikan dia minta tolong Muhyiddin campur tangan kes mahkamah.

Dia saman Muhyiddin. Mengenali Muhyiddin, beliau berkata benar. Kalau beliau kata beliau tidak ambil duit, memang beliu tidak ambil.

Berbeza dengan Najib, dia kata derma, tetapi mahkamah kata “cerita hikayat 1001 malam”.

Saya sependapat dengan TSMY. Najib elok beri tumpuan kepada kesnya.

Jangan menyibuk.

TSMY sudah mengeluarkan kenyataan (penafian) dakwaan dari saksi yang mendakwa dia ada bagi RM1.3 juta kepada TSM yang dirujuk sebagai Tan Sri Muhyiddin.

Dulu, ada yang tidak mahu mengaku Malaysian Official One sebagai Najib Razak walaupun “orang kampong semua dah tahu”.

*Daud Ibrahim ialah penulis bebas

**Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!