fbpx
Home » Kerajaan giat laksana kesemua inisiatif sekuriti makanan negara
Berita Tempatan Makanan Pertanian

Kerajaan giat laksana kesemua inisiatif sekuriti makanan negara

Ronald berkata MAFI melalui Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan bersama Tan Sri Mohd Zuki Ali akan terus meneliti sebarang isu berkaitan bekalan makanan negara.

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Kerajaan sedang giat melaksanakan kesemua inisiatif sekuriti makanan negara yang telah dirangka.

Naib Presiden BERSATU yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata langkah itu juga disusuli dengan langkah jangka masa sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan serta harga makanan.

“Kerajaan akan terus memperkukuh sekuriti makanan negara supaya kekal terjamin.

“Dalam menghadapi situasi peningkatan harga dan kekurangan bekalan, kerajaan telah mengumumkan beberapa tindakan jangka pendek,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah agar krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera, terutama dalam keadaan dunia menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini.

Sultan Abdullah turut menitahkan agar satu pelan jangka panjang dirangka untuk mengukuhkan sekuriti makanan dan menjamin kos sara hidup berada pada tahap bersesuaian.

Dalam pada itu, Ronald berkata MAFI melalui Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan bersama Tan Sri Mohd Zuki Ali akan terus meneliti sebarang isu berkaitan bekalan makanan negara.

Beliau juga berkata akan memantau status bekalan makanan negara yang meliputi pemantauan terhadap komoditi utama dan merangka pelan tindakan komprehensif untuk meningkatkan jaminan bekalan makanan negara sekali gus memantau pelaksanaan semua tindakan-tindakan yang dilaksanakan.

Ronald juga berkata MAFI akan meneruskan usaha-usaha memperkukuh sekuriti makanan negara mengambil kira isu dan cabaran di sepanjang rantaian bekalan makanan.

Katanya, melalui kerjasama padu merentasi kementerian, agensi berkaitan dan pemain industri sekali gus menjamin kelangsungan bekalan makanan yang berterusan dalam apa jua keadaan bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Berita Bersatu

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!