fbpx
Home ยป Ketua Menteri Rasmi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2022
Berita Tempatan Sukan

Ketua Menteri Rasmi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2022

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melancarkan pembukaan rasmi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Sabah 2022 Ke-Tujuh di Teluk Likas, Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM250 ribu kepada FCAS.

Beliau juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan itu.

Lebih 130 pasukan menyertai perlumbaan itu termasuk diri Sarawak, Semenanjung Malaysia dan negara Filipina.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Negeri, Datuk Isnin Haji Aliasni, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Encik

Hendrus Anding, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang, Presiden FCAS, Tan Sri T.C.Goh dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.

About the author

SBN Admin

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!