fbpx
Home ยป Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
Am Berita Luar Negara

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan

Gambar fail menunjukkan bendera China di bulan pada tahun 2020. – Foto Twitter/@ChinaEUMission

WASHINGTON – Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Bill Nelson baru-baru ini menyatakan China mahu menuntut bulan sebagai haknya.

Nelson yang juga merupakan bekas senator Amerika Syarikat (AS) membuat kenyataan itu dalam temu bual dengan akhbar Bild di Jerman.

Beliau berkata bahawa penerokaan angkasa lepas China harus menjadi kebimbangan semua pihak.

Ini kerana pada suatu hari nanti, Beijing didakwa akan mendarat di bulan dan menyatakan ia adalah miliknya.

Beliau juga mendakwa China akan menggunakan pangkalan di bulannya untuk mengkaji kemungkinan menembak jatuh satelit negara lain.

Namun, Nelson tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025 dan bertapak di sana menjelang tahun 2035 melalui kerjasama dengan Rusia.NASA

Beijing menghantar sebuah kapal angkasanya untuk mendarat di bulan pada tahun 2020.

AS juga mempunyai rancangan yang sama termasuk menubuhkan pangkalan di bulan. – Agensi

SinarHarian

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!