fbpx
Home ยป Lelaki 13 rekod jenayah antara 5 direman seleweng diesel
Am Berita Dalam Negara Jenayah

Lelaki 13 rekod jenayah antara 5 direman seleweng diesel

Sebahagian daripada lima suspek yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan diesel subsidi. – NSTP/ MOER RIDUWAN MEOR AHMAD

MELAKA: Seorang lelaki dengan 13 rekod jenayah antara lima ditahan reman untuk membantu siasatan selepas disyaki terbabit penyelewengan diesel subsidi.

Lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai penjaga stor itu ditahan melalui Op Kontraban di sebuah premis yang dipercayai dijadikan stor simpanan diesel di Kawasan Perindustrian Krubong, dekat sini, kira-kira jam 2 petang semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata selain 10 rekod lampau berkaitan narkotik, semakan turut mengesahkan suspek itu memiliki tiga rekod lain berkaitan kes jenayah.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas butiran rekod jenayah lampau suspek itu.

Selain lelaki berusia 41 tahun itu, katanya seorang lagi suspek yang juga penjaga stor yang ditahan turut disahkan memiliki masing-masing satu rekod membabitkan kes jenayah dan komersial.

Terdahulu, Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan kedua-dua suspek bersama tiga yang lain termasuk dua warga Bangladesh ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Semua lima suspek berusia antara 37 hingga 55 tahun itu ditahan melalui serbuan sempena Ops Kontraban dijalankan pasukan Cawangan Siasatan Khas di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka.

Operasi turut dibantu pasukan risik Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri di Muar, Johor.

Mengulas tangkapan itu, Zainol berkata, dua daripada tiga warga tempatan yang ditahan itu masing-masing adalah penjaga stor, manakala seorang lagi adalah pemandu lori, manakala dua warga Bangladesh terbabit bekerja sebagai kelindan lori dan pekerja stor.

BH

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!