fbpx
Home ยป Lelaki rogol kanak-kanak dipenjara 28 tahun 22 sebatan
Berita Tempatan Jenayah

Lelaki rogol kanak-kanak dipenjara 28 tahun 22 sebatan

PADAH: Tertuduh diiring selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman 28 tahun penjara dan 22 sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan, tahun lalu

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Mohamad Tahir Abraham,22 , yang tidak memiliki sebarang dokumen pengelalan diri.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah merogol mangsa pada 6 April 2021, di kawasan semak samun di hadapan rumah mangsa bertempat di dalam daerah Semporna.

Mangsa telah pukul di beberapa bahagian tubuh sehingga menyebabkan dia pengsan lalu tertuduh merogol dan meninggalkan dia di lokasi kejadian.

Laporan polis dibuat oleh nenek mangsa keesokan harinya setelah penduduk kampung menemukan cucunya yang hilang semalaman di lokasi tersebut.

Hasil daripada siasatan lanjut,sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah telah berjaya menahan tertuduh keesokan harinya.

Pemeriksaan pihak hospital pula mendapati terdapat koyakan baru pada kemaluan, kecederaan lebam pada mata, muka ,patah pada tulang selangka dan patah gigi impak dari tumbukan tertuduh.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan 362 Kanun Keseksaan.

UtusanBorneo

About the author

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!