fbpx
Home ยป Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 – MyCC
Berita Dalam Negara Isu & Kontroversi

Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 – MyCC

Apabila persaingan dimanipulasikan dalam pasaran makanan ayam, keseluruhan bekalan rantaian dalam industri akan terjejas. Pengguna yang berada di hujung rantaian ini adalah yang paling terjejas. – Gambar fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 kerana disyaki terbabit dalam perjanjian antipersaingan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail, siasatan pasukan khas MyCC mendapati kelima-lima syarikat terbabit dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam pada awal tahun 2020 sehingga pertengahan tahun 2022.

“MyCC telah mengeluarkan keputusan cadangan terhadap lima perusahaan kerana telah melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) seperti berikut:

“Syarikat pertama Dindings Poultry Development Centre Sedn Bhd, FFM Berhad, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan Pk Agro-Industrial Products (Malaysia) Sdn Bhd,” jelasnya.

Tambah Iskandar, siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!