fbpx
Home ยป MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee
Am Berita Dalam Negara Hiburan

MACP dalam perbincangan lanjutkan hak cipta P. Ramlee

MACP kini dalam perbincangan untuk melanjutkan tempoh hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee (gambar) yang bakal berakhir tahun depan. -Gambar fail/Wikipedia

IPOH: Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) kini dalam perbincangan untuk melanjutkan tempoh hak cipta karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang bakal berakhir tahun depan.

Pengurus Besar MACP Mary Yap berkata ini kerana mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta.

“Tempoh tersebut adalah lama, seperti lagu Tan Sri P Ramlee yang akan luput akhir tahun depan dan kami dalam perbincangan untuk melanjutkannya.

“Kami sedang buat perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa untuk melanjutkan tempoh hak cipta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diwakili Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin, di sini, pada Selasa.

Rumaizi pula berkata MBI merupakan pihak berkuasa tempatan pertama yang memperoleh lesen MACP untuk RadioTV MBI (RTBI) .

“Kerjasama strategik dan mantap yang termeterai dalam MOU ini memastikan RTBI serta acara di bawah anjuran MBI mendapat lesen yang sah daripada MACP,” katanya.

Untuk rekod, MACP merupakan badan pengutip royalti berdaftar serta organisasi pengurusan kolektif yang mewakili pemunya hak cipta muzik seperti komposer, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit muzik. — BERNAMA

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!