fbpx
Home ยป MARA sumbang 400 komputer riba, tablet kepada pelajar B40
Bantuan Berita Tempatan Pendidikan

MARA sumbang 400 komputer riba, tablet kepada pelajar B40

Azizah (kiri) memberikan sumbangan kepada kanak-kanak golongan B40 ketika selepas menghadiri Majlis Iftar Perdana MARA Sabah 2022.

KOTA KINABALU: Sebanyak 400 komputer riba serta tablet diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi Program MARACare di bawah pelaksanaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pemberian peranti berkenaan membabitkan 300 tablet dan 100 komputer yang melibatkan penyerahan di seluruh negara.


“Kita tadi memberikan sumbangan daripada Yayasan Pelajaran Mara yang program itu kita namakan MARACare. Ini merupakan bantuan pelajaran kepada pelajar daripada golongan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas menghadiri Majlis Iftar Perdana MARA Sabah 2022 pada Rabu.


Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan), Rohayah Mohd Zain.

Sementara itu, Azizah memaklumkan pihaknya akan meneruskan program seumpama itu dalam memastikan semua pelajar mendapat kemudahan sebaik mungkin agar memudahkan sesi pembelajaran masing-masing.


“Kita akan meneruskan lagi program kita untuk membantu anak-anak daripada keluarga B40 supaya mereka mendapat peranti untuk melaksanakan kerja-kerja mereka,” jelasnya.


Terdahulu, Azizah menyerahkan enam buah komputer riba kepada anak angkat YPM selain menyampaikan sumbangan buat golongan asnaf.

Syah Hairizal Kamalul Arifin

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!