fbpx
Home ยป MINTA DAN TERIMA SUAPAN: ANGGOTA PENGUAT KUASA DITAHAN BANTU SIASATAN KES PENGELUARAN KAD PENGENALAN
Berita Tempatan Rasuah

MINTA DAN TERIMA SUAPAN: ANGGOTA PENGUAT KUASA DITAHAN BANTU SIASATAN KES PENGELUARAN KAD PENGENALAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan telah menahan seorang anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan bernilai kira-kira RM5,000 dalam urusan pengeluaran kad pengenalan warganegara Malaysia.

Menurut sumber, suspek berusia 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai telah meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah untuk menguruskan pengeluaran kad pengenalan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada hujung bulan ini.

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!