fbpx
Home » Muhyiddin pengerusikan mesyuarat BERSATU Johor bincang PRN
Berita Dalam Negara Politik

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat BERSATU Johor bincang PRN

KUALA LUMPUR: BERSATU Johor mengadakan mesyuarat khasnya petang ini bagi membincangkan secara terperinci berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Sabtu lalu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden BERSATU yang juga Pengerusi BERSATU Johor, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Glenmarie Golf & Country Club di sini.

Mesyuarat bermula jam 4 petang tadi, dijangka berlangsung lebih sejam, selain turut dihadiri 26 pemimpin bahagian BERSATU Johor dan pemimpin bersekutunya.

Setiausaha BERSATU Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, sebelum ini berkata, mesyuarat ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuk persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Setakat ini, media belum mendapat makluman sama ada sidang media akan diadakan sebaik selesai mesyuarat atau sebaliknya.

Beberapa pengamal media juga sudah berkumpul di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini, berhubung pendirian BERSATU dan Perikatan Nasional (PRN), khususnya membabitkan kerjasama parti yang mungkin dijalinkan dalam PRN kelak.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Sabtu lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Baginda sebelum itu menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

BH

Semua Topik

error: Content is protected !!