fbpx
Home » Nurul Izzah kahwin lagi
Politik Selebriti

Nurul Izzah kahwin lagi

Nurul Izzah dan suami, Yin Shao Loong diapit oleh Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah selepas majlis pernikahan pasangan itu, malam tadi. (Gambar Facebook Nurul Izzah)

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendirikan rumah tangga dengan seorang penyelidik daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.


Berita gembira itu dikongsi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Facebook, tengah malam tadi.


“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.


“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya.


Nurul Izzah adalah anak perempuan sulung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Yin sebelum ini adalah pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar Selangor ketika pentadbiran Mohamed Azmin Ali.


Nurul Izzah sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Ahmad pada 2003. Namun, pasangan yang mempunyai dua orang anak itu bercerai pada 2015.

EDITOR

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!