Home » OKU antara individu menerima bantuan bakul makanan
Amal dan Kebajikan Berita Tempatan

OKU antara individu menerima bantuan bakul makanan

OKU antara individu menerima bantuan bakul makanan

RANAU: Seramai 14 orang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU), Pesakit Telantar, Warga Emas dan keluarga kurang berkemampuan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Kundasang, Karanaan dan Paginatan telah menerima sumbangan berupa keperluan dapur Barang Makan (BarMa) berserta wang tunai   daripada pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Semua sumbangan  telah disampaikan Pegawai Perhubungan yang juga Ketua Wanita Parlimen Ranau, Daini Binti Radani  dan beberapa staff pejabat Parlimen berkenaan.

Daini yang juga Pengerusi Usahawan  Wanita  Ranau mewakili  Timbalan Menteri dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin menyampaikan sumbangan tersebut mengharapkan sumbangan itu dapat meringakan beban kepada para penerima  yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19.

Sementara itu ramai  penerima yang sempat ditemui masing-masing  merakam penghargaan dan terima kasih atas kprihatinan  Datuk Jonathan menguhulurkan sumbangan tersebut kepada mereka yang terlibat.

“Saya mewakili penerima sumbangan berterima kasih kepada Datuk Jonathan atas sumbangan  yang amat bermakna kepada kami”, jelas salah seorang penerima, Malan Bin Rasiman dari Kg.Timbua  yang mengharapkan kepada pemimpin,  agensi kerajaan atau NGO yang lain agar mencontohi komitmen Datuk Jonathan yang juga pejuang rakyat.

BDB ONLINE

Semua Topik

error: Content is protected !!