fbpx
Home » Pemberian Khas 40 peratus: Perkara 112C titik mula sebarang rundingan: Persatuan Undang-undang Sabah
Berita Tempatan Undang-Undang

Pemberian Khas 40 peratus: Perkara 112C titik mula sebarang rundingan: Persatuan Undang-undang Sabah

“Saya bersetuju 112D tidak menyatakan cara anda menyemak perkara itu. Betul, jadi nampaknya kamu akan masuk, kamu berunding, tetapi bagaimana kamu berunding? Jelas sekali mesti ada titik permulaan " - Roger Chin

KOTA KINABALU: Parameter yang harus digunakan untuk menetapkan jumlah Pemberian Khas untuk Sabah adalah dengan merujuk kepada 40 peratus hasil bersih seperti termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden Persatuan Undang-undang Sabah (SLS), Roger Chin.

Menurutnya, biarpun dengan kemampuan untuk membahaskan isu Pemberian Khas Sabah yang diperuntukkan dalam Perkara 112D, ia tidak menjelaskan dengan lebih mendalam tentang cara menyemak jumlah itu.

“Saya bersetuju 112D tidak menyatakan cara anda menyemak perkara itu. Betul, jadi nampaknya kamu akan masuk, kamu berunding, tetapi bagaimana kamu berunding? Jelas sekali mesti ada titik permulaan.

“Mesti ada sesuatu yang menjadi asas untuk kita. Mesti ada beberapa parameter yang kita semua perlu patuhi apabila kita melakukan semakan ini.“Jadi, jelas sekali parameter yang telah diberikan ialah Perkara 112C. Ia bercakap tentang hasil bersih 40 peratus dan sekali lagi seperti yang saya katakan, saya mesti tegaskan, apabila kamu menyemak, ia bukan percuma untuk semua, kamu tidak boleh meminta apa sahaja yang kamu mahu, begitu juga Kerajaan Negeri tidak boleh datang kepada kamu dan berkata ‘Saya beri kamu sifar’,” katanya ketika menyampaikan ceramahnya dalam webinar “Negotiate The Special Grant Conferred by Article 112D Thus Extinguishes Sabah’s 40pc Rights Conferred by Article 112C of The Federal Constitution?”,  anjuran Yayasan Wisdom, menerusi Facebook dan Zoom baru-baru ini.

Tambahan pula, Chin berkata penaksir bebas perlu menilai isu itu jika kata sepakat antara kedua-dua pihak (Kerajaan Negeri dan Persekutuan) tidak dapat dicapai. Bagaimanapun, ia masih perlu merujuk kepada Perkara 112C dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jika kamu tidak bersetuju, apa yang berlaku? Jelas sekali, ia dibawa kepada penaksir bebas.

“Bagaimanakah penaksir bebas membuat taksiran? Parameter haruslah titik permulaan 40 peratus, dan daripada 40 peratus itu kamu boleh pergi ke mana-mana angka lain yang kamu mahu, tetapi titik permulaan jelas mestilah 40 peratus itu. Di mana kesudahannya, terpulang sepenuhnya kepada rundingan,” katanya.

Sementara itu, Chin juga berkata Pemberian Khas itu tidak sepenuhnya terikat kepada wang sahaja tetapi pembayaran secara ansuran juga boleh dirundingkan sekiranya Kerajaan menghadapi kekangan kewangan.

“Ia boleh dibayar secara ansuran atau Payment-In-Kind (PIK) seperti ekuiti dalam Petronas atau Felda dan sebagainya,” kata Chin.

-DE

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!