fbpx
Home » Pemindahan sembilan anggota polis bermasalah hanya libatkan Sarawak: KPN
Berita Tempatan Isu & Kontroversi

Pemindahan sembilan anggota polis bermasalah hanya libatkan Sarawak: KPN

Acryl (tengah) selepas majlis pemeteraian SOP itu. Turut kelihatan ialah Zazuli (keempat dari kanan) dan Abdul Kadir (keempat dari kiri).– Gambar oleh Lo Teck Loong

KOTA KINABALU: Pemindahan sembilan polis di Selangor yang “bermasalah” ke negeri Borneo hanya melibatkan Sarawak, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Perpindahan mereka yang pangkatnya terdiri daripada konstabel kepada sub-inspektor, adalah dalam tindakan tatatertib selepas didakwa memeras ugut seorang ahli perniagaan di Gombak berhubung kes dadah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Acryl berkata lokasi perpindahan mereka masih belum dimuktamadkan.

“Polis Diraja Malaysia mengambil maklum permintaan kerajaan Sabah dan Sarawak.“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pasukan komunikasi korporat kami berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita.

Pemimpin Sabah dari kedua-dua belah politik mengkritik langkah itu sejak didedahkan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi Selasa lepas.

Prosedur itu, kata mereka, menyamakan Sabah sebagai “zon pembuangan” untuk anggota polis yang korup.Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang sedang menunaikan umrah berkata polis sepatutnya berunding terlebih dahulu dengan negeri itu dan akan mendapatkan penjelasan sewajarnya apabila beliau kembali ke sini.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, sembilan anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut di Selangor itu masih belum dipindahkan ke Sabah atau Sarawak.“Mereka (anggota polis) belum dipindahkan lagi (ke Sabah atau Sarawak),” katanya Acryl.

Jonathan Nicholas

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!