fbpx
Home ยป Penghantar barang maut tercampak atas bumbung kereta
Berita Dalam Negara Kemalangan

Penghantar barang maut tercampak atas bumbung kereta

KUALA SELANGOR: Seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta lalu tercampak atas bumbung kenderaan terbabit di Kilometer 50 Jalan Klang-Teluk Intan di sini pada Khamis.

Kemalangan jam 9.50 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa yang menunggang Yamaha Y15 bersendirian dari arah rumahnya di Kampung Tebuk Berihun, Sabak Bernam menuju ke Pulau Indah.

“Semasa kejadian sebuah Proton Saga dipandu wanita berusia 67 tahun dari arah bertentangan dipercayai tiba-tiba memasuki simpang di jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ramli berkata, mangsa yang berada di jalan lurus tidak sempat mengawal motosikal lalu merempuh pintu depan penumpang kereta tersebut.

“Rempuhan itu kemudian menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke atas bumbung kereta lalu meninggal dunia,” ujarnya.

Jelas beliau, wanita yang cedera ringan di pinggang itu sempat diberhentikan oleh saksi bebas di lokasi kejadian.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian

About the author

Ferguso

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!