fbpx
Home » Peranan Ketua Penerangan
Politik sudut pandangan

Peranan Ketua Penerangan

"...membayangkan kepada Ketua-ketua Penerangan yang hadir malam itu, tarikh PRU-15 sudah dekat. Maka, semua Ketua Penerangan kena bersedia, kena siap siaga dan tidak boleh duduk diam, sebaik sahaja selesai bermukim.." (GAMBAR HIASAN)

DUA hari “bermukim” semua Ketua Penerangan Bahagian/Negeri untuk mendapatkan input terkini dari parti, merubah pandangan ramai mengenai peranan pegawai parti, sebenarnya.

Kehadiran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Jumaat malam, untuk menyampaikan amanat kepada seluruh Ketua Penerangan yang hadir, menyuntik satu semangat untuk meneruskan perjuangan, ketika negara berada di ambang endemik Covid-19 dan suasana politik yang agar panas.

Berterus-terang dan mendengar pertanyaan hadirin, TSMY PM8 ini berkata, 800,000 ahli parti yang berdaftar kini, perlu disedarkan bahawa tujuan Bersatu ditubuhkan ialah untuk menentang rasuah dan menjawab pembohongan.

Beliau mengesahkan, sudah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri 9, bagi mengingatkan perjanjian antara mereka iaitu jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menggantikan seorang Menteri yang tidak lagi bersama Bersatu, dengan nama yang beliau cadangkan.

Perkara yang sama, media melaporkan TSMY mengulanginya di Tanah Merah, Kelantan sehari kemudian.

Bekas Presiden Umno Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki bertindak menyerang TSMY dengan mengatakan suasana sekarang adalah tidak sesuai untuk memenuhi permintaan TSMY.

Kedua-dua pelawak Umno ini tidak pula menyebut bilakah masa yang sesuai untuk PM9 memenuhi janji yang dibuatnya ketika bersedia disokong untuk dilantik menjadi PM, dahulu.

Mungkin kedua-dua pelawak ini mahukan orang Umno memenuhi kekosongan itu, kerana mereka masih tidak puashati, TSMY masih “dilihat penting” dalam politik negara ini, walaupun sudah meletakan jawatan sebagai PM, atas pengkhianatan G15 Umno terhadapnya.

Sambil bergurau, ketika berucap di Shah Alam, TSMY bertanya, bila pilihan raya? Hadirin ketawa.

Tetapi, saya percaya, TSMY sudah membayangkan kepada Ketua-ketua Penerangan yang hadir malam itu, tarikh PRU-15 sudah dekat.

Maka, semua Ketua Penerangan kena bersedia, kena siap siaga dan tidak boleh duduk diam, sebaik sahaja selesai bermukim.

TSMY mengulangi cerita lama, bahawa Muafakat Nasional (MN) yang dianggotai Umno dan PAS pernah menhantar surat menjemput Bersatu untuk menyertai mereka.

Dengan mandat MPT Bersatu, TSMY menjawab surat yang ditandatangani Presiden Umno dan Presiden PAS itu menyatakan persetujuan tetapi, mereka (MN) berdiam diri hingga kini.

Kata TSMY, mereka (Umno) yang tidak mahu umat Islam dan bangsa Melayu ini bersatu padahal, Bersatu memang berhasrat untuk melihat Melayu Islam itu kembali bersatu.

Hari ini, Bersatu dan PAS sudah ‘mengesahkan’ wujudnya Perikatan Nasional (PN).

Selain dari PAS sudah menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka dan Johor, Sabtu lalu (2 Julai 2022), TSMY bersama MB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob melancarkan PN Kelantan dan membuat perlantikan Ketua-ketua PN Bahagian dalam satu majlis gilang gemilang yang disaksikan lebih 30,000 rakyat Kelantan di Tanah Merah.

Pemimpin Bersatu dilihat mengetuai Bahagian Tanah Merah, Jeli, Ketereh, Gua Musang sementara yang lainnya diberikan kepada PAS.

Maknanya, isu pembahagian kerusi PAS-Bersatu di Kelantan dilihat sudah ada ‘persefahaman’. Ini akan memudahkan lagi kerja buat kedua-dua parti tersebut.

Bersesuaian dengan pesanan TSMY ketika berucap di Pemukiman Ketua Penerangan Bersatu di Shah Alam, supaya Bersatu melibatkan wakil PAS dalam semua aktiviti yang diadakan atas nama Bersatu/PN di kawasan masing-masing.

TSMY juga memberitahu, Presiden PAS, Tan Sri TG Abd Hadi Awang berjanji untuk istiqomah dalam PN.

Melihat kepada keputusan PRN Melaka dan Johor, PN tidak mustahil dapat mencipta kejutan dalam PRU-15, seandainya Gerakan dapat memperbaiki sedikit kelemahan parti tersebut bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk menyokong PN.

Peranan Ketua Penerangan, tolong sebarkan perkara sebenar dan mengajak rakyat tolong parti yang dipimpin oleh pembohong!

*Daud Ibrahim merupakan penulis bebas

**Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!