fbpx
Home » Petik Nama Tun Razak
Politik sudut pandangan

Petik Nama Tun Razak

Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia Ke -8

KETIKA berdebat, mereka memetik nama bekas PM2, Allahyarham Tun Abd Razak Dato’ Hussein.


Tokoh gemilang politik Melayu ini adalah icon kepada rakyat Malaysia. Allahyarham seorang PM yang baik, berintergriti dan penuh perancangan untuk sebuah negara bernama Malaysia.


Allahyarham sanggup korbankan kesihatannya untuk membela nasib bangsa Melayu.


Sepatutnya, selepas ketiadaan Tun Razak, akan lahir lagi 100 Tun Razak yang bersih jiwanya, besar perjuangannya dan tinggi pengorbanan.


Malangnya tidak. Mereka petik nama Tun Razak, tetapi masing-masing gagal membawa 10 persen kebaikan Allahyarham. Tun Razak tak pernah mengajar pengantinya supaya makan rasuah. Jauh sekali songlap duit Felda. Mana ada. Tapi, mereka lakukan. Malahan, mereka tidak malu melakukan kesalahan.

Nak jadi pemimpin, kena ada perasaan malu jika melakukan kesalahan. Tapi, pemimpin sekarang, mereka bayar untuk menghilangkan perasaan malu. Mereka upah cybertrooper supaya mengatakan yang salah itu betul. Maka, mereka tidak ada langsung masa untuk merasa malu.


Jika Tun Razak mengilhamkan Felda, sepatutnya Felda menjadi lebih gemilang sekarang. Bukan gemilang kerana hutang berbilion tetapi gemilang kerana Felda adalah satu-satunya di dunia.


Saya setuju Anwar Ibrahim minta forensik audit. Sebab, penyeleweng jangan dilepaskan, tak kita siapa dia, termasuk waris Tun Razak.
Saya juga setuju jika Najib Razak mengkagumi ayahnya. Sebab, dia nyata lebih “dekat”‘dengan darah Tun Razak.

Malangnya, Najib dah buat hal. Najib sudah mencemarkan nama baik itu. Bukan mudah hendak dipulihkan apa yg sudah dicemari. Boleh diupah cybertrooper tetapi cybertrooper yang tidak ada kualiti mana mungkin menjadikan sesuatu yang hitam bertukar putih.


Ambil contoh apabila tertubuhnya
kerajaan PN, Umno yang dari pembangkang menjadi kerajaan septutnya dapat belajar dari tindakan Tun Razak… berbuat baik dan menjadikan musuh sebagai kawan… Gerakan, PAS dan PPP dibawa bersama BN….


Malangnya ia tidak jadi begitu. Umno di bawah kepimpinan sekarang macam Jebat Derhaka Mabuk Darah. Dalam keadaan terluka ditikam, dia mengamuk dan membunuh ramai orang awam.


Jebat Derhaka menang seketika, tetapi jasa Hang Tuah tetap menjadi kenang-kenangan. BN yang sepatutnya mempertahankan kerajaan PN yang sama-sama mereka tubuhkan, bertukar watak sebaliknya. Mereka secara diam-diam buat perkiraan dengan PH untuk meruntuhkan kerajaan PN dan membentuk jajaran baharu, dengan Anwar Ibrahim menjadi PM.

Khabarnya (saya tidak ada bukti), Najib salah seorang yang mengaturkan perundingan ini hingga surat beralih sokongan sampai ke Istana. Allah tidak mengizinkan kerja gelap yang mereka lakukan itu.

Anwar tidak berjaya menjadi PM walaupun Najib menyokongnya. Perjuangan Najib barangkali untuk mencari seorang PM yang boleh berkira. Najib sudah tahu, Muhyiddin Mohd Yassin tidak akan sedia membantu untuk menyelamatkannya dari kes mahkamah.

Muhyiddin juga berkali-kali mengatakan beliau sentiasa menjunjung Perlembagaan dan menghormati Rule of Law. Watak berintergriti Muhyiddin ini beliau ambil dari watak Tun Abd Rasak. Muhyiddin bertindak membayar hutang peneroka Felda sebab Muhyiddin tidak mahu peneroka meratap nak menangis di pusara Tun Razak untuk meminta pertolongan.

Jadi, kita boleh lihat, orang yang berdebat tidak mewarisi sikap Tun Razak, tetapi orang yang tidak berdebat pula lebih menjaga imej Tun Razak.

*Daud Ibrahim adalah penulis bebas

**Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Semua Topik

error: Content is protected !!