fbpx
Home » Polis buka kertas siasatan insiden kes gaduh sekumpulan pelajar
Berita Tempatan Jenayah

Polis buka kertas siasatan insiden kes gaduh sekumpulan pelajar

SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, membuka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan sekumpulan pelajar di Jalan Elopura, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Kita akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan dan mereka yang terlibat seperti yang tular di media sosial semalam.

“Setakat ini, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku di Jalan Elopura, Bandar Sandakan membabitkan sekumpulan pelajar sekolah menengah,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh membuat laporan ke Balai Polis berdekatan untuk membantu siasatan.

“Saksi kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Micheal Goh di talian 016-8741216 atau 089203223,” katanya.

Terdahulu, insiden itu tular di media sosial petang semalam yang memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menengah disyaki bergaduh sesama sendiri di kawasan tersebut.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kecederaan ataupun sebarang maklumat tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis.

-utusanborneo

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!