fbpx
Home » Polis Israel serbu perarakan bawa keranda Abu Akleh
Berita Luar Negara

Polis Israel serbu perarakan bawa keranda Abu Akleh

Pasukan keselamatan Israel menyerbu perarakan membawa keranda Abu Akleh di Baitulmaqdis, semalam. – FOTO REUTERS

BAITULMAQDIS: Polis Israel menyerbu perarakan yang disertai ribuan orang untuk pengebumian wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, semalam.

Rakaman televisyen menunjukkan sebilangan peserta bergelut memastikan keranda Abu Akleh yang sedang diusung, tidak terjatuh ketika polis Israel bersenjatakan belantan, meluru ke arah mereka dan merampas bendera Palestin dibawa orang ramai yang berkabung.

Washington dilapor berkata, mereka ‘amat bimbang’ dengan kejadian itu, manakala Kesatuan Eropah (EU) menyatakan mereka ‘terkejut’ dengan ‘kekerasan tidak perlu’ itu.

Menurut Bulan Sabit Merah Baitulmaqdis, seramai 33 orang cedera ketika perarakan itu, termasuk enam dimasukkan ke hospital.

BH

About the author

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Semua Topik

error: Content is protected !!