fbpx
Home ยป POLIS MARIN TAWAU BERJAYA GAGALKAN CUBAAN MENYELUDUP ROKOK TANPA CUKAI DARI NEGARA JIRAN.
Berita Tempatan Jenayah

POLIS MARIN TAWAU BERJAYA GAGALKAN CUBAAN MENYELUDUP ROKOK TANPA CUKAI DARI NEGARA JIRAN.

TAWAU, 16 Jun 2022 (Khamis) โ€“ Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) berjaya gagalkan Penyeludup untuk menyeludup rokok tanpa cukai dipercayai dari negara jiran masuk ke Tawau apabila berjaya menahan dua (2) saspek dan merampas rokok seludup di kawasan perairan Tawau.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat berkata pihaknya telah bertindak atas maklumat hasil pemantauan telah berjaya menahan dan memeriksa (1) buah bot dari arah laut Pulau Sebatik menuju ke Laut Ice Box.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut telah dijuragani oleh (1) orang lelaki dewasa berumur 53 tahun dan (1) orang lelaki anak perahu berumur 37 tahun. Pemeriksaan lanjut terhadap muatan Bot tersebut mendapati terdapat beberapa pek rokok pelbagai jenis yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran Indonesia.

Tangkapan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan adalah sebanyak RM513,539.20 termasuk bot laju dan enjin. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor ‘013-9391197’ atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian ‘089-983628’.

‘TOWARDS EXCELLENCE OF MARINE COPS’

About the author

SBN Admin

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!