fbpx
Home » Polis tahan 17 lelaki terlibat kes gaduh berkumpulan
Berita Tempatan Jenayah

Polis tahan 17 lelaki terlibat kes gaduh berkumpulan

SANDAKAN: Seramai 17 lelaki dipercayai terlibat dalam kes gaduh berkumpulan di hadapan sebuah pusat hiburan, Bandar Utama Batu 6, di sini berjaya ditahan semalam.

Kejadian itu tular selepas video berdurasi 27 saat dimuat naik dalam media sosial dan mengundang kegusaran penduduk di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata pihaknya menerima laporan mengenai video yang tular tersebut.

Katanya, susulan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bertindak melakukan siasatan.

“Pasukan polis berjaya menahan seramai 17 individu berumur 19 hingga 40 tahun disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku pada Sabtu lalu kira-kira jam 11.30 malam di hadapan sebuah pusat hiburan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

-utusanborneo

About the author

Ferguso

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!