fbpx
Home » Pusat kumpul sayuran dibuka bulan depan
Berita Tempatan Pertanian

Pusat kumpul sayuran dibuka bulan depan

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan melawat Pusat Pengumpulan Hasil Tani KPD di Kundasang yang telah siap dibina dan bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor.

KUNDASANG: Pusat pengumpulan pengeluaran pertanian (APCC) pertama kendalian Koperasi Pembangunan Desa  (KPD) akan dibuka secara rasmi bulan depan.Pusat pengumpulan itu akan dapat menampung sehingga 50 tan metrik produk pertanian bernilai tinggi seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan dan bunga pada satu-satu masa.Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata pusat pengumpulan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor itu diharap dapat menyelesaikan isu pemasaran dan membantu meningkatkan taraf ekonomi dalam kalangan petani sayur di Kundasang.

Kitingan (kanan) melawat ladang hidroponik Highland Agriculture Enterprise bersama Pengurus Besar KPD, Jamilah Lee (tengah) dan pemilik ladang, Reagan Har (kedua dari kanan).

“Petani tidak mempunyai saluran yang sesuai untuk memasarkan produk mereka, menyebabkan ramai yang mempunyai sedikit alternatif selain membuangnya. Ia adalah satu pembaziran masa dan wang bagi mereka.“Selain itu, petani tempatan kita sentiasa menjadi mangsa orang tengah yang membeli hasil mereka pada harga yang jauh lebih rendah, mengurangkan pendapatan petani.“Oleh itu, pembinaan APCC di Kundasang adalah relevan dan tepat pada masanya supaya kita dapat memastikan petani kita sentiasa mempunyai pembeli di samping memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk sayur-sayuran dan buah-buahan segar,” katanya selepas melawat APCC di sini Selasa.Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata pembinaan APCC adalah selaras dengan matlamat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk meningkatkan ekonomi rakyat melalui sektor pertanian.

KPD juga telah membina dua lagi pusat pengumpulan di Kota Marudu dan Beaufort, yang kedua-duanya dijangka beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini. Tiga lagi pusat adalah di Telupid, Lahad Datu dan Keningau.Keseluruhan projek membina kesemua enam pusat itu menelan belanja RM13 juta.Kesemua APCC milik KPD dilengkapi dengan kemudahan pemasaran seperti kawasan pengumpulan, sistem penggredan, penyejuk, pembungkusan, kemudahan pengangkutan dan pelbagai perkhidmatan tambahan yang difikirkan perlu untuk berkhidmat kepada masyarakat petani tempatan.“Sebelum ini, KPD hanya mempunyai peti sejuk kecil yang hanya boleh menyimpan 100kg sayur-sayuran segar di Kundasang. Kerana kekurangan kapasiti penyimpanan, KPD terpaksa menghabiskan banyak masa untuk memenuhi tempahan kerana mereka perlu mengumpul sayur-sayuran segar setiap kali,” katanya.

Terdahulu, Kitingan melawat ladang sayur-sayuran dan bunga hidroponik Highland Agriculture Enterprise. Ladang itu yang terletak di sebidang tanah seluas empat ekar di Mesilau.Ladang itu bukanlah satu-satunya ladang hidroponik di Mesilau kerana terdapat beberapa ladang lain yang serupa di sekitar yang telah menggunakan amalan pertanian lebih mampan.“Ini adalah trend positif untuk industri pertanian kita kerana ia menunjukkan bahawa petani kita semakin sedar akan keperluan pertanian mampan,” katanya. 

DE

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!