fbpx
Home ยป Rakan politik dan NGO meriahkan Sambutan Aidilfitri PAS Zon Sandakan
Berita Tempatan Perayaan

Rakan politik dan NGO meriahkan Sambutan Aidilfitri PAS Zon Sandakan

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, YB Mokran Ingkat antara yang menghadiri Sambutan Aidilfitri PAS Zon Sandakan yang diadakan di Batu 5 dekat sini, semalam.

Beliau yang tiba di lokasi majlis telah disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid
bersama Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain serta pimpinan PAS yang lain.

Turut bersama memeriahkan majlis ialah Ketua MCA Bahagian Sandakan, Kok Tsui Yee, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Elopura, Ng Boon Leng dan Timbalan Presiden 1 Majlis Perbandaran Sandakan, Faridah Giau.

Selain itu, Majlis berkenaan turut dihadiri pemimpin rakan politik antaranya UMNO dan Bersatu, pegawai-pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), asatizah, ahli jawatankuasa masjid serta pengamal media.

Sahar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, ketika berucap merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada ADUN Sungai Manila atas kesudian hadir ke majlis yang penuh bermakna itu.

“Saya yakin dengan kehadiran kita semua dalam majlis ini mampu mengeratkan lagi perpaduan PAS bersama dengan rakan politik, NGO, asatizah dan seluruh lapisan masyarakat,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan

Mokran yang turut berucap dalam majlis berkenaan menyatakan perasaan terharu atas jemputan yang dibuat oleh pimpinan PAS Zon Sandakan khususnya Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid.

Beliau turut mendoakan agar penduduk Sabah sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan terhindar daripada sebarang wabak khususnya wabak Covid19.

Sambutan Aidilfitri PAS Zon Sandakan ini merupakan julung kali diadakan selepas negara dilanda wabak Covid-19.

— Aizal Samsarudin

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!