fbpx
Home ยป Sabah sedia bekerjasama dengan Batik Air buka laluan penerbangan ke Indonesia
Berita Tempatan

Sabah sedia bekerjasama dengan Batik Air buka laluan penerbangan ke Indonesia

Jafry berkata, antara laluan penerbangan itu adalah Pontianak dan Balikpapan di Kalimantan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bersedia bekerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air untuk membuka laluan penerbangan ke Indonesia dalam usaha membangunkan negeri itu sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Jafry Ariffin berkata antara laluan penerbangan itu adalah Pontianak dan Balikpapan di Kalimantan.

Beliau berharap laluan penerbangan itu akan dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat kerana laluan penerbangan juga merupakan antara faktor penting untuk menarik pengunjung dari negara jiran datang ke Sabah.

“Ini masa yang tepat untuk Sabah menyasarkan destinasi pelancongan kesihatan dengan mempromosikan kemudahan terkini yang ditawarkan hospital khususnya kepada pasaran Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Jafry mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Pengurus Besar Muhammad Ariff Abdul Aziz serta beberapa kakitangan syarikat penerbangan itu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata menerusi rantaian nilai dan industri pelancongan kesihatan pastinya akan membuka peluang kepada pelancong untuk menerokai lokasi pelancongan berkonsepkan ‘nature healing’ yang ada di Sabah.

Menurutnya Sabah harus memanfaatkan sepenuhnya trend semasa pelancongan kesihatan memandangkan setiap pelancong perubatan berpotensi berbelanja lebih tinggi berbanding pelancong biasa.

— BERNAMA

AWANI

About the author

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!