fbpx
Home ยป Sah! Noh Hujan, Mizz Nina bercerai
Am Berita Dalam Negara Hiburan

Sah! Noh Hujan, Mizz Nina bercerai

Kedua-dua mereka memuat naik kenyataan itu ke Instagram masing-masing, sebentar tadi. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Vokalis Hujan, Noh Salleh, dan isterinya. Mizz Nina, mengesahkan sudah bercerai.

Kedua-dua mereka memuat naik kenyataan itu ke Instagram masing-masing, malam Khamis.

“Selepas banyak berfikir dan membuat pertimbangan yang teliti, kami berdua bersetuju membawa haluan masing-masing.

“Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan pelbagai suka-duka.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kami atas kasih sayang kepada kami selama ini. Jangan bimbang, kami masih berkawan dan mendoakan kebaikan untuk satu sama lain,” kata mereka.

Tidak memperincikan bilakah tarikh mereka bercerai, pasangan itu juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi serta khabar angin, dan menghormati privasi mereka.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. April lalu, pasangan itu mengumumkan kehadiran bayi lelaki bernama Musa yang diambil sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Beberapa portal tempatan hari ini melaporkan timbul spekulasi mereka sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di ibu negara pada Rabu.

Pasangan itu dilaporkan terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Noh, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37 dan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42 mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Mereka turut memperkenalkan Musa sebagai anak angkat mereka sekitar April lalu.

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!