fbpx
Home » Sampai tertetas, Kim K didakwa rosakkan gaun Marilyn Monroe
Berita Luar Negara Hiburan Isu & Kontroversi

Sampai tertetas, Kim K didakwa rosakkan gaun Marilyn Monroe

Kecoh apabila Kim K dituduh telah merosakkan gaun yang pernah dipakai Marilyn Monroe ketika ulang tahun Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy. – Gempak

MUZIUM Ripley’s Believe It Or Not! menyangkal khabar angin yang mendakwa selebriti popular Kim Kardashian telah merosakkan gaun Marilyn Monroe.

Wakil muzium terbabit, Amanda Joiner menjelaskan, bintang realiti televisyen itu telah mengembalikan gaun bernilai RM21 juta itu dalam keadaan baik seperti sebelum dipinjam.

“Dari hujung kaki sampai ke atas ketika dikembalikan gaun itu masih dalam keadaan sama seperti awal dipinjam,” kata Amanda memetik laporan Pagesix.

Amanda yang mengirimkan gaun itu dari Florida ke New York, lokasi Met Gala 2022 menegaskan, Kim K tidak membayar kepada Ripley’s untuk memakai gaun itu, namun, memberikan sejumlah derma untuk dana atas nama muzium tersebut.

“Bukan keputusan mudah untuk Ripley’s meminjamkan gaun ini, namun, Kim K terus menunjukkan rasa hormat dan penghargaan untuk gaun bersejarah ini,” ujarnya.

Peraturan untuk meminjam gaun Marilyn Monroe sangat ketat ialah Kim K dilarang memakai sebarang solekan pada tubuh badannya seperti body shimmer atau foundation.

Selain itu dia hanya boleh memakai gaun itu dalam tempoh sekejap sahaja untuk keperluan foto di karpet merah.

Manakala, di dalam dewan makan, Kim K perlu menggantikan gaun asal itu kepada gaun replika.

Terdahulu, kecoh apabila Kim K dituduh telah merosakkan gaun yang pernah dipakai Marilyn Monroe ketika ulang tahun Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy.

Akaun Instagram Pop Culture telah berkongsi foto yang membandingkan gaun itu sebelum dan selepas dipakai Kim K.

Pada foto berkenaan terdapat kain yang kelihatan tertarik dan tertetas di bahagian belakang zip dan beberapa butir kristal telah hilang.

Hal itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang sebahagian besarnya menyalahkan Kim K! – Gempak

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!