fbpx
Home » Semak segera agensi kerajaan negeri dan GLC yang tidak berprestasi
Berita Tempatan

Semak segera agensi kerajaan negeri dan GLC yang tidak berprestasi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noormengarahkan semakan segera terhadap perjanjian dan kontrak yang membabitkan semua agensi negeri dan GLC yang tidak berprestasi serta merugikan kerajaan.


Beliau turut mengingatkan kepada pegawai yang ditugaskan untuk memeterai perjanjiandan kontrak terbabit, agar mengambil kira kepentingan negeri.

“Sebab itu saya ingin menegaskan di sini agar mana-mana agensi kerajaan apabila buatperjanjian, pastikan (perjanjian) itu mengambil kira kepentingan negeri. Pegawai yangterbabit juga termasuk pegawai undang-undang kena tengok dan baca dengan telitii
setiap isi kandungan perjanjian,” tegasnya.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabahberkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga PemegangAmanah Yayasan Sabah Siri Ke-120 Bil 1/2022, di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian danPerikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan; Pengarah Yayasan Sabahselaku Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), Datuk GhulamHaidar Khan Bahadar; Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan; LembagaPemegang Amanah dan pegawai kanan Yayasan Sabah.


Ketua Menteri turut merakamkan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan ahli lenbagayang baharu iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ZainudinAman dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Tah Nia Jaman sekali gus mahu mereka
akan bekerjasama untuk membantu Kumpulan Yayasan Sabah terus cemerlang padamasa hadapan.


Dalam mesyuarat itu, Ketua Menteri turut mengumumkan pencapaian ICSB, jenterapelaburan Kumpulan Yayasan Sabah yang berjaya meningkatkan keuntungan sebelumcukai sebanyak RM424 juta berbanding RM112 juta pada tahun 2020.

“Kenaikan ini adalah sebanyak RM312 juta atau empat kali ganda dari tahunsebelumnya. Ini sekali gus menjadikan kenaikan tertinggi yang dicatat oleh ICSB dalamtempoh sembilan tahun,” katanya.

Sementara itu katanya, bagi pendapatan Kumpulan ICSB, kenaikan ketara daripadaRM819 juta pada 2020 kepada RM1.2 bilion pada 2021. Peningkatan sebanyak 45peratus atau RM369 juta adalah yang tertinggi dicatatkan oleh ICSB sejak 2013.


“Bagi Kumpulan Yayasan Sabah pula, lebihan (surplus) sebelum cukai pada 2021 ialahRM358.12 juta, berbanding lebihan pendapatan sebelum cukai 2020 sebanyak RM18.5juta, iaitu peningkatan sebanyak RM339.62 juta atau 1836 peratus,” katanya.


Peningkatan ketara dalam lebihan pendapatan sebelum cukai pada 2021 adalahdisebabkan peningkatan hasil pada 2021 iaitu berjumlah RM1.2 bilion berbandingpendapatan pada 2020 yang berjumlah RM830.43 juta.


Ketua Menteri juga mahu melihat anak-anak syarikat ICSB diperkasakan agar tidakmenjadi bebanan dan masalah kepada Yayasan Sabah. “Pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Board Of Governor UCSF (UniversityCollege Sabah Foundation) dan Naib Canselor baharu umpamanya, kita harap dapatmenyelesaikan masalah yang dihadapi UCSF.


“Begitu juga dengan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), saya mahu masalah yangdihadapi dapat diatasi dengan pantas dan dapat menarik lebih ramai pelajar baharu sekali gus membuka peluang lebih ramai anak Sabah melanjutkan pelajaran khususnya
dalam bidang teknikal,” katanya.

About the author

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!