Home » SPRM Sabah tahan Pengurus Besar agensi kerajaan
Berita Tempatan Rasuah

SPRM Sabah tahan Pengurus Besar agensi kerajaan

TAWAU: Seorang Pengurus Besar sebuah agensi kerajaan di Sabah ditahan selepas disyaki menerima suapan berjumlah kira-kira RM8,000 tiga tahun lalu.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 9 pagi kelmarin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Cawangan Tawau.

Menurut sumber, suspek berkenaan menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucer bayaran pada tahun 2018 sedangkan kerja-kerja itu dilakukan suspek sendiri.

Difahamkan lelaki terbabit telah dilepaskan dengan Bon Jamin SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 23 (1), Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada 3 Disember 2021.

Semua Topik

error: Content is protected !!