fbpx
Home » SPRM tahan peguam disyaki terima sogokan RM100,000
Am Berita Dalam Negara Jenayah

SPRM tahan peguam disyaki terima sogokan RM100,000

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Sabtu bagi mendapatkan permohonan reman. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peguam kerana dipercayai menerima rasuah kira-kira RM100,000 kononnya untuk membantu menutup kes yang sedang disiasat suruhanjaya itu.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara kira-kira jam 4 petang Jumaat.

“Peguam berkenaan sebelum itu dikatakan sudah meminta wang berjumlah RM4 juta daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya SPRM tidak menyiasat syarikat berkenaan yang mempunyai kaitan dengan sebuah projek pembangunan.

“Pemilik syarikat itu bagaimanapun membayar RM100,000 terlebih dahulu sebagai pendahuluan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Sabtu bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya.* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

AWANI

Semua Topik

error: Content is protected !!