fbpx
Home » Srikandi BERSATU, Skuad Sukarelawan Prihatin Srikandi Kedah bantu mangsa banjir
Amal dan Kebajikan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Srikandi BERSATU, Skuad Sukarelawan Prihatin Srikandi Kedah bantu mangsa banjir

Tabung Kebajikan Srikandi yang diwujudkan tahun lepas akan juga digunakan untuk membantu Srikandi yang terkesan banjir di Kedah.

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Ketua Srikandi BERSATU Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mengarahkan Srikandi Negeri-Negeri melancarkan kutipan dana di kalangan Srikandi seluruh Negara untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah.

Beliau juga telah melancarkan kutipan dana yang sama di kalangan Ketua Wanita Negeri dan Ahli Jawatankuasa Wanita Perikatan Nasional (PN).

“Walau mungkin tak banyak tapi kami mahu menerapkan budaya bantu membantu antara satu sama lain, kerjasama dan bergotong royong di kalangan Srikandi untuk membantu rakyat,” katanya.

Kutipan dari Srikandi akan disalurkan kepada Srikandi BERSATU Kedah.

Tabung Kebajikan Srikandi yang diwujudkan tahun lepas akan juga digunakan untuk membantu Srikandi yang terkesan banjir di Kedah.

Terdahulu, Ketua Srikandi BERSATU Kedah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Shamsilah Siru telah pun berada di Baling Kedah sejak malam tadi bersama 40 orang Skuad Sukarelawan Prihatin Srikandi Kedah untuk membantu mangsa banjir.

Mereka membawa bersama bantuan makanan, ubat-ubatan dan perkakas mencuci untuk membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Biro Kebajikan Srikandi Malaysia sedang melancarkan gerak kerja untuk turut sama membantu di PPS dan sekolah yang terkesan banjir.

Berita Bersatu

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!