fbpx
Home » Stacy selamat lahirkan bayi lelaki
Am Berita Dalam Negara Hiburan

Stacy selamat lahirkan bayi lelaki

Akim memuat naik foto bayinya dengan menunjukkan sebahagian wajahnya. – Gempak

PENYANYI Stacy Anam selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10.19 pagi tadi.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh suaminya yang juga penyanyi Akim Ahmad.

“Segala pujian selayaknya untuk Mu ya Allah, jam 10.19 pagi 6 ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 hijrah, isteriku tercinta Stacy telah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah,” tulisnya.

Akim berkongsi berita itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran itu dia turut memuat naik foto bayinya dengan menunjukkan sebahagian wajahnya.

Akim yang bersyukur dengan kurniaan cahaya mata keduanya itu turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya.

“Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” ucapnya.

Kemas kini itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga di Kota Kinabalu, Sabah pada 2016. Hasil perkahwinan dengan Akim mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang mesra dengan panggilan Beyya yang kini sudah berusia sembilan tahun. –Gempak

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!