fbpx
Home ยป Sukan Komanwel: Air mata Afiq berderai terlepas pingat
Berita Dalam Negara Sukan

Sukan Komanwel: Air mata Afiq berderai terlepas pingat

Selepas menamatkan larian, Afiq meratapi ketiadaan jurulatih buatnya sebelum ke Birmingham. – Stadium Astro

PELARI pecut para negara, Afiq Ali Hanafiah, tidak dapat mengawal emosinya selepas muncul atlet terakhir melepasi garisan penamat dalam final acara 100 meter T11-12, Sukan Komanwel Birmingham di Stadium Alexander awal pagi tadi.

Pemenang pingat gangsa edisi di Gold Coast pada 2018 itu memecahkan rekod baru kebangsaan dengan catatan 11.10 saat tetapi tidak cukup bagus untuk mengatasi Ndodomzi Ntutu (10.83s) dari Afrika Selatan, Zachary Alexander Shaw (10.90s) dari England dan Ananias Shikongo dari Namibia (10.95s).

Selepas menamatkan larian, Afiq meratapi ketiadaan jurulatih buatnya sebelum ke Birmingham selepas jurulatihnya, Ahmad Rafee Ariffin, terpaksa ke Indonesia bagi saingan Sukan Para ASEAN manakala bekas ketua jurulatih, R. Jaganathan, tidak disambung kontrak.

“Saya tiada jurulatih khas yang boleh membantu saya,” katanya dengan penuh hiba kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

“Saya tiada jurulatih dan hanya menumpang jurulatih atlet normal, jurulatih Bala (M. Balamurugan) “Sebelum saya ke sini, dia juga tidak dapat membantu saya dan hanya dapat menolong dalam program latihan sahaja.

“Saya nak pergi lebih jauh tapi tak mampu,” katanya. – Stadium Astro

AWANI

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!