fbpx
Home » Sukan SEA Hanoi: Kem wusyu lakar kejutan sumbang dua emas
Berita Dalam Negara Sukan

Sukan SEA Hanoi: Kem wusyu lakar kejutan sumbang dua emas

PENGALAMAN pertama di pentas Sukan SEA Hanoi 2022 tidak menyekat kegemilangan Tan Zhi Yan dan Clement Ting apabila kem wusyu negara menyumbang dua pingat emas dan satu perak, hari ini.

Zhi Yan menewaskan lawan lain dengan mencatat 9.71 mata bagi acara Taijiquan sementara Clement cemerlang dalam acara Changquan selepas meraih 9.70 mata sekali gus menjadi emas ke-11 negara.

Selain itu, Calvin Lee tetap tidak menghampakan apabila meraih perak dalam Nandao.

Sebelum ke Vietnam, skuad wusyu tidak meletakkan harapan tinggi biarpun sentiasa menjadi lubuk dalam lapan edisi Sukan SEA yang lalu apabila menyasarkan dua kilauan pingat sahaja.

Dalam temasya dwitahunan di Manila tiga tahun lalu, Malaysia meraih dua emas, satu perak dan satu gangsa.

-astroawani

Semua Topik

error: Content is protected !!