fbpx
Home » Sukan SEA ke 31: Tahniah atlet pesilat negara
Berita Tempatan Sukan

Sukan SEA ke 31: Tahniah atlet pesilat negara

Ketua Pemuda DPPNS, Hendri Hamsah

KINABATANGAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Skuad silat negara, Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga atas kejayaan menghasilkan emas pertama dalam acara silat ganda putra di Pusat Sukan Bac Tu Leim, semalam.

Ketua Pemuda DPPNS, Hendri Hamsah berkata, pihaknya melihat kejayaan ini menunjukkan kesungguhan dan kebolehan atlet malaysia dalam arena persilatan sangatlah dikagumi.

“Menariknya, kedua-dua mereka mempertahankan pingat emas tersebut, selepas memenanginya di Sukan SEA Filipina pada 2019,

“Lebih manis, Sazzlan Yuga adalah anak kelahiran Negeri Sabah, yang berasal dari Batu 4, Tawau dan ini merupakan satu kebanggaan buat Sabahan,” tambahnya lagi.

Kejohanan yang berlangsung semalam menyaksikan Taqiyuddin dan Sazzlan yang mempamerkan persembahan mengagumkan mengutip 9.950 mata sekali gus mengecewakan pencabar dari Singapura, Hazim Zaque dan Haziq Zaque, dengan jurang 0.045 mata.

–Basith Samad

Semua Topik

error: Content is protected !!