fbpx
Home » Tak guna sesen duit KPM anjur mesyuarat PIBG, Radzi jawab fitnah Najib
Perikatan Nasional Politik

Tak guna sesen duit KPM anjur mesyuarat PIBG, Radzi jawab fitnah Najib

“Untuk makluman semua, semakan kementerian mendapati tiada sesen pun peruntukan KPM sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah digunakan untuk membiayai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Secara Berkelompok sekolah-sekolah di Tanah Merah" - Dr Mohd Radzi Md Jidin

KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan satu sen pun peruntukan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Tanah Merah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah baru-baru ini.

Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata semua sumbangan dan perbelanjaan bagi program mesyuarat agung tahunan itu dibiayai oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

“Untuk makluman semua, semakan kementerian mendapati tiada sesen pun peruntukan KPM sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah digunakan untuk membiayai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Secara Berkelompok sekolah-sekolah di Tanah Merah.

“Sebaliknya, sumbangan dan perbelanjaan bagi program ini dibiayai oleh Ahli Parlimen Tanah Merah,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Semalam, Ikmal Hisham menafikan dakwaan jam tangan G-Shock dan payung diberikan kepada orang ramai bagi meraih sokongan dalam sebuah program Perikatan Nasional (PN) di Kelantan baru-baru ini.

Ikmal Hisham menegaskan orang ramai menghadiri acara itu secara sukarela dan pemberian jam tangan atau payung sebagai cenderahati kepada 30,000 hadirin akan menelan belanja puluhan juta ringgit.

Terdahulu, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan sama ada KPM atau PN yang menanggung semua kos perbelanjaan acara berkenaan.

Najib berkata, acara itu dikatakan adalah mesyuarat agung tahunan PIBG di Tanah Merah anjuran PPD dan dirasmikan Ikhmal Hisham.

Berita Bersatu

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!