fbpx
Home » Tak wajar cipta spekulasi, Ahmad Faizal selar Puad
Perikatan Nasional Politik

Tak wajar cipta spekulasi, Ahmad Faizal selar Puad

Ahmad Faizal, yang juga Menteri Belia dan Sukan mengulas dakwaan Puad bahawa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan menamakan beliau sebagai calon TPM dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi tidak sewajarnya mencipta spekulasi.

Itu reaksi Timbalan Presiden BERSATU Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menempelak Speaker DUN Johor itu yang mendakwa beliau dinamakan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM).

“Jangan bercakap mengenai hal yang dibincangkan di antara dua individu secara tertutup dan membuat spekulasi yang tidak wajar,” katanya memetik Berita Harian, pada Selasa.

Ahmad Faizal, yang juga Menteri Belia dan Sukan mengulas dakwaan Puad bahawa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan menamakan beliau sebagai calon TPM dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, sebagai wakil rakyat, seharusnya tumpuan mesti diberi untuk bekerja bersama kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Saya dan Puad sama-sama wakil rakyat. Ramai rakyat terkesan dengan kos sara hidup dan bergelut dari segi ekonomi.

“Kita berdua harus fokus bekerja dengan kerajaan untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Berita Bersatu

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!