fbpx
Home » Terbukti Mereka Menipu
Politik sudut pandangan

Terbukti Mereka Menipu

Mereka relax sahaja menipu. Sebab, mereka masih mempunyai penyokong. Penyokong mereka tidak berani meninggalkan mereka kerana, percaya, rezeki ada di tangan mereka.

MEREKA mahu merosakan pentadbiran kerajaan bagi membuktikan pihak yang mereka musuhi dilihat gagal memerintah.

Dengan tag #PMGagal ketika Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (TSMY) menjadi Perdana Menteri ke 8 (PM-8), mereka juga memberi gambaran #kerajaangagal, supaya TSMY berundur.

Kebetulan, mereka mempunyai pengikut di medsos, yang memudahkan mereka menjalankan kerja-kerja kotor ini, tetapi dengan pendedahan MP Pasir Salak, DS Tajuddin Rahman baru-baru ini, terbukti G15 Pengkhianat itu, menipu.

Saya tidak ada bukti mereka dibayar (kalau dibayar, lumayan), tetapi, jika ketua cawangan dan ketua bahagian terpengaruh, ia bukan sesuatu yang mengejutkan, apabila ada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen, terpengaruh dengan “permainan” mereka ini.

Setakat ini, penipuan mereka masih berjaya mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.

Malahan, penyokong-penyokong mereka, tidak kisah mereka dibohongi kerana mereka tidak perlu menjaga maruah dan harga diri.

Dunia luar ketawakan kita, penyokong mereka kata, ketawalah, asalkan aku dapat RM300 nanti bila nak mengundi di pilihan raya.

Yang ada jawatan sedikit, akan mempertahankan penipu-penipu ini habis-habisan. Keluar kenyataan dalam portal berita, keluar kenyataan dalam whasap grup dan buat tiktoc.

Mereka sedikit pun tidak berasa malu mempertahankan pembohongan dan menyerang kebenaran.

Itu sebab, saya berkali-kali berkata, mereka yang berjaya meninggalkan parti yang dipimpin para penipu dan pembohong ini, sebenarnya adalah pejuang sebenar, lebih dari perjuangan pahlawan terdahulu.

Kalau kita ikuti perbicaraan mereka di mahkamah, orang-orang ini terlalu banyak duit. Mereka mampu membeli sokongan.

Jika ada yang menjadi cybertrooper, itu bukan kerana perjuangan tetapi kerana dibayar. Logiknya.
Para penipu ini relax sahaja berbohong.

Mereka relax sahaja menipu. Sebab, mereka masih mempunyai penyokong. Penyokong mereka tidak berani meninggalkan mereka kerana, percaya, rezeki ada di tangan mereka.

Jiwa yang rosak, memang tidak mudah diperbaiki. Kalau ada kawan-kawan memberi ingatan supaya mereka meninggalkan “geng penipu” ini, kawan-kawan yang mengingatkan itu akan dimarahi

dengan kata-kata, “awak lupa jasa parti terhadap bangsa Melayu”.

Sebenarnya, jika seseorang boleh meninggalkan pembohongan dan pemimpin pembohong, itulah sebenarnya perjuangan.

Kalau sudah tidak mampu untuk berfikir dan menolak kebathilan, itu namanya tidak mendapat hidayah.

Parti sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan agama. Agama mengajar kita tidak bersubahat dan tidak menyokong kepalsuan.

Tetapi, kononnya ia sebuah perjuangan parti keramat, ingatan dan hukum agama sanggup dikemudiankan.

Dari apa yang didedahkan Tajuddin, bahawa Bersatu (Tan Sri Muhyiddin) dan PAS (Tan Sri TG Hadi Awang) menyokong DS Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri ke 9, tetapi Geng 15 Pengkhianat masih “berbelah bahagi” kerana turut mencadangkan nama-nama lain, membuktikan mereka itu mempunyai agenda “melepaskan” diri masing-masing dari kemelut yang mereka sendiri cipta.

Mereka mahu menjadi PM atau mereka mahu menyokong nama lain (selain ISBY) menjadi PM-9, tidak lain tidak bukan untuk memastikan mereka mendapat “campurtangan” kes-kes mahkamah.

Yang paling menarik, ada penyokong mereka mengatakan kes di mahkamah ini kes “politik”, kononnya.

Masuk duit dalam akaun peribadi, berbilion-bilion RM, songlap duit yayasan, berjuta-juta.

Terima pemberian dari syarikat-syarikat berkepentingan dalam jumlah yang besar, ada bukti hingga dibawa ke muka pengadilan, masih bercakap ini fitnah, ini pendakwaan terpilih dan ini kerana “saya enggan membubarkan Umno”.

Jika ada penyokong yang masih mempertahankan, ada satu ungkapan menarik untuk kita ingat semula, “bukan salah ibu mengandung”.

*Daud Ibrahim merupakan penulis bebas

**Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!