fbpx
Home » Tiada keperluan laksana Perjanjian Malaysia baharu
Berita Tempatan MA63 Perikatan Nasional

Tiada keperluan laksana Perjanjian Malaysia baharu

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan ,Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

BELURAN – Cadangan untuk mengusulkan Perjanjian Malaysia yang baharu dilihat tidak ada keperluan pada ketika ini.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ini kerana Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan dokumen asas yang penting kepada pembentukan Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia.

“Saya rasa tidak wujud keperluan untuk membuat Perjanjian Baharu kerana kita sudah  mempunyai perjanjian yang sudah dimeterai pada 1963.

“Apa yang penting kini adalah untuk Kerajaan mengkaji pelbagai perkara yang belum lagi ditunaikan dalam perjanjian berkenaan selain perlu mengambil langkah dan tindakan agar perjanjian tersebut adalah satu perjanjian yang akan jadi realiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan bangunan pejabat baharu dan penyerahan bantuan enjin sangkut Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran di sini hari ini.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak pada masa ini mahu melihat Kerajaan Persekutuan menunaikan pelbagai perkara yang masih belum ditunaikan.

Katanya, langkah Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Majlis Khas MA63 peringkat tertinggi menunjukkan sikap Kerajaan untuk menunaikan perjanjian yang telah dimeterai pada 1963.

“Kita yakin langkah Kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Majlis Khas MA63 merupakan satu langkah yang menunjukkan sikap Kerajaan Persekutuan yang mahu melihat perkara-perkara yang dimeterai pada 1963 itu ditunai mengikut keadaan pada masa kini.

“Saya melihat pelbagai pencapaian telah dicapai oleh jawatankuasa ini.  Antaranya meningkatkan pembayaran bantuan pemberian khas kepada Sabah sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, pelbagai pendekatan baharu telah dilaksanakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan gabungan parti-parti di Sabah menjadi alternatif terbaik untuk rakyat negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

EDITOR02

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!