fbpx
Home » Tidur bawah jambatan sejak usia 10 tahun, adik ini menangis dapat hadiah motosikal
Am Bantuan Berita Luar Negara

Tidur bawah jambatan sejak usia 10 tahun, adik ini menangis dapat hadiah motosikal

Keperitan dan kesusahan hidup remaja yang dikenali sebagai Dila itu menarik perhatian Ebit. -Facebook Ebit Lew

SEORANG remaja di Indonesia tidak dapat menahan sebak apabila pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menghadiahkannya sebuah motosikal.

Keperitan dan kesusahan hidup remaja yang dikenali sebagai Dila itu menarik perhatian Ebit.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook rasmi Ebit, Dila telah menjalani kehidupan di jalanan sejak berusia 10 tahun.

“Sebak rasa beri hadiah untuk adik Dila geng Punk bawah jambatan sebuah motor. Menangis adik ni.

“Beliau salah seorang dari anak Punk lain yang akan menguruskan Rumah Singgah untuk gelandangan di Jakarta yang kami bina.“Beliau hidup di jalanan semenjak berumur 10 tahun sehingga sekarang berumur 19 tahun.

Siapa sangka anak perempuan begini hidup di bawah jambatan.

“Sedang anak perempuan kita tidur lena di rumah waktu malam. Ada anak remaja perempuan tidur di bawah jambatan.“Berdikari sendiri dan menjaga diri.

Bila cukup duit beliau akan berkongsi dengan kawan sewa bilik di Jakarta. Bila tak cukup tidur di jalanan,” maklumnya.

Menerusi hantaran yang sama, Ebit juga telah menyiapkan sebuah tempat khas untuk anak-anak gelandangan di lokasi berkenaan.

“Masa bawa ke Kedai Motor berulang kali beliau tanya betul ke ni ustaz? Kerana tak percaya diberi rezeki dapat motor.”Tak pernah dapat hadiah dalam hidupnya. Saya kata rezeki Lailatul Qadar agaknya.“Semoga anak-anak Punk ini berjaya dan dijaga Allah. Di rumah singgah itu ada 3 tingkat.

“Saya siapkan tempat khas untuk anak-anak ini semua dan buat gelandangan lain terutama ibu dan anak kecil.

“Doakan juga perniagaan kecil untuk mereka disamping khidmat menjaga rumah ini menguruskan gelandangan lain,” jelasnya.Kredit foto: Facebook rasmi Ebit Lew*Artikel asal di Gempak

AWANI

About the author

Admin Wa

Add Comment

Click here to post a comment

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!