fbpx
Home ยป TVET , cetusan idea Muhyiddin sejak berdekad dahulu telah menampakkan hasil
Perikatan Nasional Politik sudut pandangan

TVET , cetusan idea Muhyiddin sejak berdekad dahulu telah menampakkan hasil

Mahathir, Ketua Bahagian Bersatu (PPBM) Bahagian Segambut, berkata pengumuman pemerkasaan TVET beberapa hari lepas oleh Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri adalah hasil manifestasi kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usaha kerajaan pada hari dalam melahirkan lebih ramai pembuat dasar dan pemimpin dalam kalangan warga profesion teknikal bagi memastikan hala tuju negara selaras dengan perkembangan teknologi semasa adalah daripada buah fikiran Tan Sri Muhyiddin Yasin sejak berdekad dahulu.

Sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan, beliau sentiasa menekankan bahawa minat generasi baharu perlu dipupuk untuk menceburi bidang berkaitan teknikal memandangkan trend masa depan menunjukkan bidang berkaitan teknologi akan menjadi profesion permintaan tinggi.

Pengumuman pemerkasaan TVET beberapa hari lepas oleh Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri adalah hasil manifestasi kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hasil perancangan teliti beliau semenjak berdekad telah memastikan wujud tenaga kerja profesional teknikal yang mahir dan berketerampilan hari ini.

Ramai pembuat dasar dan pemimpin dalam kalangan warga profesion teknikal dan memacu hala tuju negara selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Tan Sri Muhyiddin percaya TVET adalah tunjang pembangunan sumber manusia dalam memastikan tenaga kerja baharu yang berkemahiran tinggi dapat dihasilkan terutamanya dalam bidang-bidang baharu yang penting kepada kemajuan negara dan telah memperjuangkan komitmen ini beliau sejak berdekad.

*Mahathir Hj Mohd Rais merupakan Ketua Bahagian Bersatu (PPBM) Bahagian Segambut

**Tulisan ini adalah pandangan peribadi beliau yang tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!